Thursday, December 30, 2010

Seronoknya Main Salji


Inilah akibatnya bila banyak entri yang tak dikemas kini dalam blog. Entri pun dah mula berterabur, yang dulu dikemudiankan, yang kemudian didahulukan, dah tak ada aturan. Tapi bila difikirkan, memang dari awal blog ni dibuat pun dah macam tu he..he..he..


Apapun dibawah ni adalah gambar2 Ilham semasa main salji dengan kawan2 pada 17 Disember, hari terakhir persekolahan sebelum cuti Krismas. Ingat nak letak sama ngan video main salji hari tu, tapi video upload tu punya la lama, sakit jiwa dibuatnya. Proses nak upload gambar2 ni pun tergendala beberapa hari, semuanya gara-gara USB external drive yang "kapot"(bahasa Dutch untuk rosak) hari tu. Alhamdulillah, DH hantaq kedai kut :), semalam bawa balik dah ok :D


Ilham nampak seronok sangat hari tu, tu yang nak juga diabadikan gambar2 tu di blog ni :D Sememangnya Ilham memang suka bermain, kalau boleh nak yang lasak2 je... yang lawan2... yang kejar2... yang gomol2... dalam kata lain, tipikal budak lelaki. Yang tak tahannya bila dia asyik jatuh, bukan jatuh betul pun, saja je nak golek2, lari sikit... golek, orang tackle je...golek, ada aja alasan dia nak bergolek.... :D


Yang ini dengan Ms Murray-assistant head teacher, suka pulak dia main salji ngan budak2 tu


Memang basah kuyup dan menggeletar kesejukan... macam mana tidaknya kalau dah siap berbaring lagi :D

4 comments:

TK said...

Ilham nampak sgt enjoy! Auntie rasa nak join je! Bagus la tu..for a boy utk berlasak2 and bergolek2. It should be like that.

i amsterdam said...

Tapi mak dia yang penat!! hari2 seluar/jeket kotor...

Nur Asna said...

salam dr NZ

emm pasal pendidikan??? akak nampak lbh krg je NZ & tmpt Ilham belajar...byk aktiviti, kreativiti, membina confident dll...tp dgn M'sia mmg berbeza sgt...M'sia amat tekankan exam oriented, parent expect result tinggi, berlumba2 hantar tuisyen, cikgu pening kepala, if result student rendah mcm2 kena jawab...terpaksalah buat tuisyen siang mlm...budak2 plk...dr tadika dah dihantar tuisyen, dr pg sampai mlm kena belajar...agak malanglah budak2 kat M'sia...

Tp mahu tak mahu kita terpaksa jgk ikut sbb mcm akak tak lama lagi akan pulang ke M'sia...takkan nak suruh anak kita ketinggalan...ayah lecturer, apa kata org kalau result anak rendah...fuh tu lah dia

Jadi kat NZ ni akak tetap ajar diaorg sukatan M'sia (tp tak terlalu menekan) cukup 1pg sehari..as a cikgu, mmg akak mengharap sgt sukatan kita akan mengikut diaorg...mengajar dlm keadaan happy & ceria...bukan stress nak mintak ngan diaorg "give me A, A and A...ha ha..

tu lah dia...byk lagi yg akak nak share...add akak kat FB...(cikgu Asna) blh kita sembang lagi...

salam

i amsterdam said...

Waalaikumsalam Cikgu Asna,

TQ for coming. Disini pun antara satu sklh dengan sklh yg lain pun berbeza, inikan pula dengan sklh kat M'sia kan :D

Betul juga kan.. kalau bapa lecturer & maknya cikgu, tentu anaknya kena pandai kan he..he.. Jadi bila periksa, bukan anak je yg tension, mak/bapak lagilah tension hu..hu..

Hai.. kesian budak2 :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails