Tuesday, November 23, 2010

Majlis Raya Korban Di Embassy


Raya kali ni IA tak perlu masak untuk majlis makan yang pihak embassy hidangkan lepas solat sunat Hari Raya. Katanya ada orang-orang Shell yang sponsor, jadi depa upah lah sifu-sifu yang pandai memasak di The Hague ni.... Alhamdulillah.... IA ni bukannya pandai masak, kalau setakat famili dan tetamu sorang dua tu ok le.... Tapi kalau masak untuk 300 orang..... nainya.... periuk dan kuali besaq pun tak dakkkk....


Tetamu yang datang tak seramai macam majlis Hari Raya Puasa dulu. Budak-budak peringkat sekolah pun tak ada. Kawan Ilham, Syafiq pun tak datang, hanya Ilham saja yang ponteng sekolah....


Jom kita tengok apa yang depa hidangkan.


Ada nasi minyak(rasanya), rendang ayam, daging hitam, dalca, lontong, mee goreng dan kuih-muih...


DH antara yang pertama menuju ke tempat hidangan :)) Bukannya DH lapaq, kami dah makan pagi tu... tapi dia nak cepat sebab nak balik pi kerja....






Sedapnya makan, dah tak sedaq dunia la tuuuuu...




6 comments:

Cheqna said...

Nasi minyak pun tak sure macam mana dah ke?..hehehe..

Ilham tak de geng lah raya tu ye..and knapa ur hubby tak ambik cuti raya? karang rugi annual leave.. :)

Glad u had the gatherings, tak la sunyi eh..

btw, how's ur mum's and sis's areas? tak sempat nak fon them bertanya khabar pasal banjir...

i amsterdam said...

Dear cheqna,

Semua nasi nampak serupa je, nasi jagung pun boleh jadi juge, x ingat ada ke jagung entah.. :)

Embassy & DH ofis memang public holiday, masaalahnya kerja banyak hahahaaaa, menteri akan datang hari jumaat tu..

Rumah mak oke..tak pernah bah, rumah kakak Tunjang pun oke, rmh abg & adik pun oke tapi depa putus hubungan je. Rmh pak air masuk dlm rmh sampai atas dari lutut, rmh kakak kat Kepala Batas pulak sampai hampir ke paha :( Still, my father refused to move, opting to stay on the second floor!!!

Cheqna said...

Alhamdulillah, good to know that ur family are ok...rumah your father yang tepi sungai tu ke? if sampai ke paha, then its dangerous lah kan as I remember rumah dia naik ke bukit sikit kan?

Hopefully the "expected" banjir next month tak menjadi..

i amsterdam said...

Ya..rmh tu la. Masa banjir 2005 dulu, air naik sampai lutut, tapi jiran2 sebelah rmh tu sampai roboh 2 buah rmh!!! Air berpusing bwh rumah jadi lubang besar dan dalam!! Kesiannnnn. Harap2 2nd wave tu x adala...

TK said...

Wah meriahnya raya kat sana
Byk makanan tu..
I mmg respect org yg bole masak
byk2 and sedap pulak tu..
Ilham begitu menikmati makanan nampaknya..

i amsterdam said...

TK, I selalu tanya kak N ni, dia antara sifu masakan dsini la "Tak letih ke masak banyak2 tu??? Kalau saya la fengsan dibuatnya"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails