Raya kali ni agak suspense juga. Hmm.. nak masak banyak mana ya? Ada ke orang yang akan datang? Tahun lepas kami beraya di Amstelveen, agak jauh untuk orang kedutaan dan pelajar Malaysia nak datang. Kali ni kan dekat aje... Kami takla kenal ramai pelajar sangat, tapi words get around kan, risau pulak makanan habis... Malu !!! Dan kesian kat depa jugak kan !!!
Apapun, kami masak sebanyak mana yang muat dalam periuk dan kuali yang tak seberapa besar tu :))
DH pulak teringin nak cuba resepi "ayam beriani" dari Kak Hanieliza tu. Eh...Cik Abang, ini bukan masanya untuk nak cuba masakan baru tau. Apa jadi kalau kurang berkenan dengan selera kita? Memandangkan diri IA pun dah keletihan malam raya tu, jadi dibiarkan la saja DH masak resepi barunya dengan bantuan anak-anak angkat tu :))
Bagus juga ada anak angkat ni, depa la yang buat ketupat, potong daging untuk rendang, dan segala serai, kunyit dan apa2 rempah ratus yang diperlukan. Hmm... rumah kami pun depa vacumn kul 12 tengah malam tu, nasib baik jauh dari jiran kalau tidak jenuh nak minta maaf dari orang Belanda yang datang merungut. Dalam keghairahan depa mengemas ruang tamu tu, sampai terjatuh pulak rumah Spikey, hamster Ilham tu. Hah... kesian Spikey, pening seminggu agaknya :))
Jom kita tengok apa yang kami masak dan hidangkan untuk tetamu pada Aidil Fitri tu.....
Juadah kemestian di pagi raya - ketupat palas
Bertungkus lumus IA buat ketupat palas ni, bil talipon ke Malaysia pun melambung jugak :)) Alhamdulillah, rasa dan texture nya boleh tahan juge... Tima kasih mak. Tapi kalau boleh, lain kali mak ukur la dulu santan tu, sebelum diletak kat dalam periuk, agar senang Cheq nak mengagaknya :))) Yang membanggakan, kebanyakan ketupat tu di balut oleh anak angkat IA yang sorang tu, pandai betui IA mengajar dia, 2 kali tunjuk dah pandai he...he...
Inilah juadah yang tak seberapa tu, rendang daging, nasi impit, kuah kacang, ketupat, ayam beriani, pulut kuning, rendang ayam (TQ Ija), cheesecake(TQ M), rempeyek, kekacang, buah2an dan apple crumble(TQ W).
Niat di hati nak masak lontong bila balik dari solat sunat Aidil Fitri, tetapi memandangkan tetamu pertama kami sampai agak cepat juga, maka IA KIV dululah ... (hingga selama-lamanya he..he..)
Ramai juga tetamu yang datang selepas tu. Memandangkan semasa mereka sampai tu, kami baru saja nak ambik gambar keluarga, maka tetamu2 tu pun turut mengambil gambar keluarga masing2... Maka terjadilah sessi gambar bergambar. Hah.. riuh rendah jadinya....
By the time kenalan DH sampai dalam pukul 5.30 petang tu, ketupat, rendang ayam, pulut kuning, rempeyek, cheesecake & apple crumble semuanya dah habis. Tak pe la..makan je apa yang ada :))
Arnold (Indon) & Cora (Dutch), Ervan & Elisabeth (keduanya Surinam)
Inilah suasana Aidil Fitri kali ni, memang berbeza berbanding di Malaysia, tapi IA rasa kemeriahannya tetap ada walaupun dengan cara yang berlainan. Memang pada awalnya IA keberatan untuk memasak dan tiada hati untuk melayan tetamu, namun memandangkan DH dah lama menjemput pelajar2 tu dan juga kenalannya, maka dikuatkan juga hati ini. Tapi sesungguhnya hati IA memang rasa bersalah, ketika IA tersenyum tawa dengan tetamu, anak saudara IA beraya di hospital Johor menemani suaminya yang terbakar, manakala keempat-empat anak mereka beraya di Kedah. Sudah hampir 2 minggu peristiwa hitam ini berlaku, tetapi keadaan Z masih belum stabil, walaupun sudah keluar dari ICU. IA amat berharap agar dia semakin pulih dan dapat dipindahkan ke Hospital Alor Setar secepat mungkin.

No comments:
Post a Comment